My Blog List

Adakah Malaysia Akan Terjejas Dengan Hutang AS?

Salah satu sebab kenapa saya membangkitkan isu ini ialah kerana Amerika Syarikat mempunyai pelaburan langsung sebanyak US$10 bilion atau RM30.06 bilion.

Dan jika ekonomi AS terjejas, kita juga akan menerima sedikit sebanyak impak. Mungkin potongan bajet akan dibuat dan syarikat-syarikat yang beribu pejabat di negara tersebut mungkin akan menutup cawangan mereka di negara-negara lain termasuklah di Malaysia.

Perkara ini akan menyebabkan ramai orang untuk kehilangan pekerjaan mereka dan sumber pendapatan mereka.

Pelbagai jenis pelaburan pasif anda akan memberi anda pulangan sifar dan negatif kerana jatuhnya ekonomi terbesar di dunia iaitu AS.

Kalau kita lihat Gross Domestic Product (GD) atau di Malaysia dikenali sebagai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), Amerika Syarikat berada di tempat pertama sekali dengan US$14,657,800 juta dan Malaysia berada pada tempat ke-37 dengan US$237,959 juta.

Kita tidak mampu kehilangan pelaburan bernilai $10 bilion dolar.

Malangnya sebagai rakyat biasa...

Kita tidak boleh buat apa-apa dengan masalah yang mereka sendiri cipta!

Inilah akibatnya jika melakukan sesuatu perkara tanpa melihat kesan masa panjang. Pada 80-an dan 90-an mereka mendapat kesan ekonomi yang amat positif kerana kadar bunga yang rendah.

Tapi sekarang mereka nak turunkan pun tak boleh kerana sekarang kadar bunga mereka hanya 0.25% sahaja. Nak turunkan pun tak boleh.

Dan mereka membuat pelbagai keputusan yang kurang bijak seperti menyerang Afghanistan dan Iraq. Dalam pepatah bahasa Inggeris kita boleh melihat "you reap what you sow" yang bermaksud anda meraih apa yang anda tanam. Mereka bakal menerimanya.

Malangnya kita juga bakal menerima kesannya.

Dan persoalan paling penting ialah...

Bagaimana untuk mengelakkan kesannya daripada menimpa anda?

Malangnya tiada jalan mudah untuk soalan ini. Tapi saya tahu satu cara yang boleh mengurangkan impak krisis ekonomi di Amerika.

Ianya akan menyelamatkan kuasa membeli anda serta menyelamatkan anda apabila waktu susah. Perinciannya ada di dalam

No comments:

Post a Comment