My Blog List

Perbezaan Bunyi dan Isyarat

Ingat lagi tentang serangan pengganas ke atas Amerika Syarikat pada 11 September 2001 yang menyebabkan World Trade Center (WTC) tumbang kerana dilanggar oleh Boeing 767?

Banyak teori konspirasi diutarakan mengenai serangan tersebut dan salah satunya adalah arahan untuk Stand Down atau mengundurkan diri kepada tentera udara AS. Pada waktu itu terdapat 14 jet pejuang yang berada pada 48 negeri.

Tetapi mereka tidak mengejar kapal terbang yang dirampas oleh pengganas dan menghancurkannya sebelum ianya melanggar WTC.

Kenapa? Teori konspirasi menyatakan bahawa itu adalah salah satu pelan kerajaan AS untuk memastikan kapal terbang komersial itu betul-betul melanggar WTC.

Tapi yang sebenarnya ialah, transponder (digunakan untuk memberitahu kedudukan kapal terbang) telah dimatikan oleh pengganas-pengganas terlibat dan pihak yang berwajib terpaksa mencari blip di radar di tempat yang sibuk dengan pelbagai jenis penerbangan komersial.

Mereka tidak tahu mana satu kapal terbang yang telah dirampas.

Kelemahan sistem radar Amerika. Dalam banyak-banyak blip di radar, mana satu yang betul? Dan apabila mereka sampai beberapa kilometer dekat sasaran, mereka tersembunyi dari radar. Kerana sistem radar AS ibarat donut. Berisi di luar. Kosong di tengah.

Dan keadaan yang sama mungkin berlaku kepada anda.

Jika anda tidak tahu apa yang menyebabkan harga emas dan perak naik atau turun, anda ibarat AS dengan sistem radarnya. Anda tidak tahu mana satu data yang memberi impak dan mana tidak memberi impak.

Pastikan anda tahu apa yang sedang berlaku pada ekonomi sekarang.

Maklumat lanjut di laman web Laporan Rahsia Emas dan Perak:

Tahukah Anda Sebab Utama Kerajaan Rom Tumbang?

"If we don't end war, war will end us" - H.G. Wells

Tahukah anda bahawa salah satu perkara yang menyebabkan Rome tumbang ialah beban hutangnya?

Secara spesifik hutang ketenteraannya. Terlalu ramai tentera, terlalu sedikit wang.

Tak mampu nak sara persaraan tentera.

Jadi keadaan menjadi semakin lama semakin buruk. Mereka berbalah dan menyebabkan mereka semakin lemah. Dan akhirnya mereka jatuh.

Itu adalah salah satu teori tentang kenapa tamadun Rome yang hebat boleh tumbang.

Dan kalau kita lihat sekarang dengan AS menyerang dua negara macam itu hobi mereka, seperti mereka kebal tanpa sebarang tindakan undang-undang.

Macam penyangak yang masuk ke rumah orang. Tanpa diundang pula tu.

Dan ini menyebabkan hutang mereka meningkat. Sedikit demi sedikit. 1 trilion demi 1 trilion habis untuk kempen mereka di Afghanistan dan Iraq.

Adakah Amerika Syarikat yang gagah itu akan jatuh seperti Rome dahulu?

Dan adakah Malaysia akan ikut tersungkur dengan raksasa bernama Uncle Sam itu?

Tiada siapa tahu betapa besarnya impak kalau Amerika Syarikat bankrap.

Saya harap kita bersedia jika perkara itu berlaku. Untuk lebih lanjut, anda boleh klik link di bawah

Tahukah Anda Faktor Yang Mendorong Harga Emas dan Perak?

Harga emas dan perak adalah misteri. Kadang-kadang ianya naik mendadak. Kadang-kadang ianya menurun. Bagaimana untuk mengetahui kalau harga itu harga yang betul untuk anda jual atau beli?

Itulah yang akan ditunjukkan kepada anda di dalam laporan Rahsia Emas dan Perak.

Anda akan mengetahui apa yang mendorong harga emas dan perak naik atau turun.

Dengan ini anda akan mengetahui apa yang anda perlu buat dalam jangka masa panjang.

Sebagai contoh, hutang Amerika Syarikat. Adakah ianya semakin baik, ataupun semakin buruk? Apa kaitannya dengan emas dan perak? Mana satu yang akan naik? Mana satu yang akan turun? Inflasi tinggi? Deflasi tinggi? Faktor apa yang akan memberi impak terbesar kepada 2 aset tersebut?

Jawapannya ada di dalam 4 bab dalam laporan Rahsia Emas dan Perak. Bukan 1, tapi 4. Anda akan mempelajari faktor-faktor ini dalam empat bab supaya anda tahu secara terperinci mengenai harga emas dan perak.

Gold Hits Record, As Most Commodities Dive On Fears

Di atas merupakan tajuk akhbar dari Taiwan, Taipei Times.

Apabila kebanyakan komoditi terasa bahang daripada krisis ekonomi yang dijangka akan dilanda dunia, emas terus kukuh.

Dan sebenarnya terdapat 14 sebab kenapa emas akan terus meningkat. Dan 33 sebab kenapa harga perak akan terus meningkat.

Lebih banyak masalah ekonomi, lebih banyak orang akan menggerakkan mata wang yang ada di tangan mereka dari aset berbentuk ekuiti (seperti stok) kepada yang lebih selamat.

Dan dua aset yang secara umumnya lebih selamat dari stok ialah... Emas dan Perak.

Butiran lanjut ada di dalam Ebook Rahsia Emas dan Perak di:

Adakah Malaysia Akan Terjejas Dengan Hutang AS?

Salah satu sebab kenapa saya membangkitkan isu ini ialah kerana Amerika Syarikat mempunyai pelaburan langsung sebanyak US$10 bilion atau RM30.06 bilion.

Dan jika ekonomi AS terjejas, kita juga akan menerima sedikit sebanyak impak. Mungkin potongan bajet akan dibuat dan syarikat-syarikat yang beribu pejabat di negara tersebut mungkin akan menutup cawangan mereka di negara-negara lain termasuklah di Malaysia.

Perkara ini akan menyebabkan ramai orang untuk kehilangan pekerjaan mereka dan sumber pendapatan mereka.

Pelbagai jenis pelaburan pasif anda akan memberi anda pulangan sifar dan negatif kerana jatuhnya ekonomi terbesar di dunia iaitu AS.

Kalau kita lihat Gross Domestic Product (GD) atau di Malaysia dikenali sebagai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), Amerika Syarikat berada di tempat pertama sekali dengan US$14,657,800 juta dan Malaysia berada pada tempat ke-37 dengan US$237,959 juta.

Kita tidak mampu kehilangan pelaburan bernilai $10 bilion dolar.

Malangnya sebagai rakyat biasa...

Kita tidak boleh buat apa-apa dengan masalah yang mereka sendiri cipta!

Inilah akibatnya jika melakukan sesuatu perkara tanpa melihat kesan masa panjang. Pada 80-an dan 90-an mereka mendapat kesan ekonomi yang amat positif kerana kadar bunga yang rendah.

Tapi sekarang mereka nak turunkan pun tak boleh kerana sekarang kadar bunga mereka hanya 0.25% sahaja. Nak turunkan pun tak boleh.

Dan mereka membuat pelbagai keputusan yang kurang bijak seperti menyerang Afghanistan dan Iraq. Dalam pepatah bahasa Inggeris kita boleh melihat "you reap what you sow" yang bermaksud anda meraih apa yang anda tanam. Mereka bakal menerimanya.

Malangnya kita juga bakal menerima kesannya.

Dan persoalan paling penting ialah...

Bagaimana untuk mengelakkan kesannya daripada menimpa anda?

Malangnya tiada jalan mudah untuk soalan ini. Tapi saya tahu satu cara yang boleh mengurangkan impak krisis ekonomi di Amerika.

Ianya akan menyelamatkan kuasa membeli anda serta menyelamatkan anda apabila waktu susah. Perinciannya ada di dalam

Fakta dan Sejarah Yang Wajib Anda Baca Sebelum Membuat Pelaburan

Lihat bagaimana laman web ini boleh membantu untuk mengelakkan wang anda dari dicuri hidup-hidup dari anda, mendapat pulangan sehingga 25% LEBIH BANYAK berbanding ASB, dan mengelakkan daripada menjadi mangsa kegawatan ekonomi!

Amaran: Apa yang anda baca ini boleh menyebabkan anda tahu perkara-perkara mengenai pelaburan berubah!