My Blog List

Perbezaan Bunyi dan Isyarat

Ingat lagi tentang serangan pengganas ke atas Amerika Syarikat pada 11 September 2001 yang menyebabkan World Trade Center (WTC) tumbang kerana dilanggar oleh Boeing 767?

Banyak teori konspirasi diutarakan mengenai serangan tersebut dan salah satunya adalah arahan untuk Stand Down atau mengundurkan diri kepada tentera udara AS. Pada waktu itu terdapat 14 jet pejuang yang berada pada 48 negeri.

Tetapi mereka tidak mengejar kapal terbang yang dirampas oleh pengganas dan menghancurkannya sebelum ianya melanggar WTC.

Kenapa? Teori konspirasi menyatakan bahawa itu adalah salah satu pelan kerajaan AS untuk memastikan kapal terbang komersial itu betul-betul melanggar WTC.

Tapi yang sebenarnya ialah, transponder (digunakan untuk memberitahu kedudukan kapal terbang) telah dimatikan oleh pengganas-pengganas terlibat dan pihak yang berwajib terpaksa mencari blip di radar di tempat yang sibuk dengan pelbagai jenis penerbangan komersial.

Mereka tidak tahu mana satu kapal terbang yang telah dirampas.

Kelemahan sistem radar Amerika. Dalam banyak-banyak blip di radar, mana satu yang betul? Dan apabila mereka sampai beberapa kilometer dekat sasaran, mereka tersembunyi dari radar. Kerana sistem radar AS ibarat donut. Berisi di luar. Kosong di tengah.

Dan keadaan yang sama mungkin berlaku kepada anda.

Jika anda tidak tahu apa yang menyebabkan harga emas dan perak naik atau turun, anda ibarat AS dengan sistem radarnya. Anda tidak tahu mana satu data yang memberi impak dan mana tidak memberi impak.

Pastikan anda tahu apa yang sedang berlaku pada ekonomi sekarang.

Maklumat lanjut di laman web Laporan Rahsia Emas dan Perak: