My Blog List

14 Sebab Kenapa Orang Suka Kerja Kerajaan

Kenapa ye ramai orang suka sangat kerja dengan goverment ini?

Walaupun gaji takde la banyak mana, tapi ramai yang mengimpikan bekerja di sektor awam. Adakah anda mahu tahu sebabnya? Ramai orang suka kerja kerajaan kerana kelebihan - kelebihan ini:

1.Elaun perumahan

2.Cost of living allowance (COLA)

3. Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)

4. Kenaikan gaji setiap tahun

5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan

6. Cuti tahunan mengikut kelayakan

7. Cuti bersalin

8. Pinjaman perumahan

9. Caruman KWSP atau pencen

10. Bersara pada umur 58 tahun

11. Peluang kenaikan pangkat

12. Peluang melanjutkan pelajaran

13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa

14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga

Ya! itulah kelebihan - kelebihan bekerja di sektor awam. Maka tidak hairanlah ramai berebut - berebut untuk memohonnya.

Akan tetapi bukan mudah untuk memasuki sektor awam ini jika anda tidak tahu selok belok melepasi temuduganya.

Akan tetapi, saya ada terjumpa panduan yang amat berkesan yang benar - benar merealisasikan impian anda.

Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan!

Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

1.Elaun perumahan
==================
Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana elaun ini sudah pasti akan membantu.

2.Cost of living allowance (COLA)
==================================
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?

3.Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
====================================
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.

4. Kenaikan gaji setiap tahun
================================
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana - mana selain di sektor awam.

5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
============================================
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.

6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
=====================================
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.

7. Cuti bersalin
=================
Usah risau - risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan!

8. Pinjaman perumahan
========================
Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli 'banglo' idaman anda.

9. Caruman KWSP atau pencen
============================
Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua - duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi..

10. Bersara pada umur 58 tahun
===================================
Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu?

11. Peluang kenaikan pangkat
==============================
Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos la ni..

12. Peluang melanjutkan pelajaran
==================================
Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.

13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
============================================
Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di'support' oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.

14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
========================================
Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya


Wah! Begitu banyak kelebihan sekiranya kita bekerja dengan kerajaan ini. Akan tetapi adakah mudah untuk anda berjaya mendapat kerja kerajaan ini.

Sebelum itu, temuduga kerja kerajaan anda perlu lalui dahulu. Mungkin ini panduan khas yang dapat membantu anda. Lawati laman web tersebut sekarang.

Anda Memang Berminat Kerja Kerajaan, Adakah Anda Alami Masalah Berikut?

- Sering dipanggil menghadiri temuduga di sektor awam, tapi dapatnya tak pernah sekalipun

- Sudah mengisi borang permohonan kerja di sektor awam berulang - ulang kali, tapimasih tidak dipanggil - panggil menghadiri temuduga

- Anda baru menghabiskan pengajian di sekolah/universiti, dan risau untuk menghadiri temuduga kerana langsung tiada pengalaman temuduga.

- Anda pernah datang temuduga, tapi bila sampai di tempat temuduga, anda berpatah balik...Takut sangat!

- Anda tercari - cari panduan untuk persediaan temuduga kerja kerajaan, tapi tidak menjumpainya...

- Anda tak tahu apa nak jawab semasa disoal oleh panel penemuduga kerja kerajaan. Terkebil - kebil mata anda....blur!

- Anda ditanya soalan 'killer' oleh panel penemuduga, mati akal anda dibuatnya..

- Anda serang dibayangi mitos - "nak masuk gov kena ada kabel". Inilah fikiran songsang yang selama ini menghantui anda!

- Anda lemah bahasa Inggeris, dan anda sangat takut sekiranya panel penemuduga menyoal anda dalam bahasa tersebut!

- Anda menunggu masa dibuang kerja di syarikat anda bekerja, kerana syarikat nak bankrup...Anda benar - benar risau..

- Anda ingin tahu apa soalan - soalan yang sering ditanya oleh panel penemuduga kerja kerjaan, tapi anda tak tahu bagaimana nak ketahuinya...

Dan bermacam - macam problem lagi yang bermain - main dalam fikiran anda...(tak perlu diceritakan semuanya - 10 page tak habis:)

Ya, itu baru sekelumit dari masalah yang sedang melanda rakan - rakan kita yang ingin mencari kerja di sektor awam.....Bukan senang nak dapat kerja di sektor awam ini jika anda tidak tahu rahsianya...Mungkin anda akan berkata " tiada rahsia - rahsianya, dipanggil temuduga, datang, dan jawab je apa - apa soalan yang ditanya". Adakah anda pasti dengan melakukan itu saja anda mampu berjaya dapatkan kerja yang anda idam - idamkan, iatu kerja kerajaan?

Anda silap!

Ianya tidak semudah anda sangkakan..Oleh sebab itulah laporan ini ditulis khas buat anda. Ianya disediakan khas untuk membantu orang seperti anda yang sememangnya menginginkan kerjaya di sektor awam sebagai kerjaya tetap.

Saya Kini Bekerja Di Sektor Awam!

Kerjaya saya kesemuanya bekerja dengan syarikat swasta (private sector). Saya mengalami ‘stress’ atas tekanan kerja. Akhirnya saya mengambil keputusan berhenti dan berdoa semuga Allah swt memberi petunjuk kepada saya didalam usaha saya mendapatkan kerja lain dan mencuba jawatan kerajaan.

Sebelum itu saya menyediakan diri saya dengan strategi menghadapi temuduga kerajaan sebagai persiapan kerana saya tahu dengan umur saya sekarang peluang amat tipis. Saya membaca soalan-soalan temuduga didalam e book berulang-ulang kali walaupun belum ada rezeki dipanggil temuduga. Akhirnya seramai 2500 yang hadir temuduga pelbagai jawatan di JPWPKL hanya 47 orang telah berjaya dan saya adalah salah sorang darinya.

- Puan. Ann Rohani

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Buat anda yang ingin bekerja di sektor kerajaan, tapi TAK TAHU CARANYA...

Dibongkarkan "Rahsia Sulit" Bagaimana Untuk Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Dengan Mudah Tanpa Menggunakan Sebarang "KABEL"

Sejak Feb 2009, sudah ramai yang telah berjaya dengan menggunakan rahsia ini. Tak percaya? Teruskan bacaan! Pelbagai jawatan, dari jawatan terendah sehinggalah jawatan pegawai, mereka telah berjaya. Anda bagaimana?