My Blog List

Coklat Buatan Tangan Adalah Satu Seni

Bentuk coklat buatan tangan adalah pelbagai dan mempunyai bentuk tertentu bergantung kepada acuan. Ini yang menjadikan coklat buatan tangan unik. Kebiasaannya ia dalam bentuk coklat bar, berinti, bersalut dan sebagainya.

Ia juga boleh ditambah perisa jika anda mahu.

Adakah kita perlu buat coklat dari biji koko?

Jangan salah anggap. Coklat buatan tangan bukannya membuat coklat dari biji koko. Ia sebenarnya mengunakan coklat yang separa siap. Terdapat 2 jenis coklat yang digunakan dalam pembuatan coklat buatan tangan iaitu

- Coklat Couverture atau Coklat Tulen

- Coklat Compound

Yang mana paling sedap? Sudah tentu coklat tulen. Ia jauh berbeza dengan coklat yang anda beli dikedai. Cara pembuatannya juga lebih sukar dan agak cerewet. Cara untuk membuatnya akan ditunjukkan dalam pakej BuatCoklat.com ini.

Sebab itulah harga bagi sesetengah coklat buatan tangan lebih mahal berbanding dengan coklat yang anda beli di kedai.

Apa yang saya suka tentang Coklat Buatan Tangan..

- Permintaan tinggi dari peminat coklat

- Sesuai untuk dijadikan hadiah atau hantaran

- Kadar Keuntungan yang tinggi

- Khasiat untuk kesihatan terutamanya jantung

- Halal

Jika anda juga seorang peminat coklat, anda kini juga boleh memulakan perniagaan coklat buatan tangan anda dari rumah anda.

Belajar cara untuk membuat coklat buatan tangan kini menjadi semakin mudah. Anda tidak lagi perlu menghadiri kursus yang mahal hanya untuk belajar cara membuat coklat. Sesiapa sahaja boleh belajar dengan mudah hanya daripada rumah. Kosnya juga lebih murah dan berpatutan.

No comments:

Post a Comment